Saturday, August 21, 2010

Beberapa Kesilapan Orang Yang Berpuasa

1. Tidak menetapkan niat fardhu puasa di setiap malam hari meskipun memadai dengan niat di awal Ramadhan.

2. Masih makan dan minum ketika azan Subuh.
...
3. Bersahur awal dan melewatkan berbuka.

4. Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.

5. Tidak menjaga solat fardhu atau melengah-lengkahkannya.

6. Tidak menjaga lidah dari ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah, berdusta dan lain-lain.

7. Membazir masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah, menonton televisyen, mendengar radio dan sebagainya.

8. Meringan-ringkankan ibadah sunat (berdoa, berzikir, membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).

9. Tidak menunaikan solat tarawih.

10. Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan di awal Ramadhan, kemudian mengurangkan amal ibadah di pertengahan Ramadhan lebih-lebih lagi di sepuluh malam terakhir.

11. Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail).

12. Bakhil dan kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.

13. Keluarnya wanita-wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.

14. Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki/perempuan yang bukan mahram).

15. Tidak memperbanyakkan takbir di malam hari raya dan di hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.

16. Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.

17. Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan-hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.

Kesilapan Amal Di Bulan Ramadhan

1. BerPuasa tetapi Tidak Solat

- Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat.
- Anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat.
- Ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak Menjaga Batas-batas Agama

- Aurat: Lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan Masa dengan Menonton TV, Video & CD

4. Merebut Peluang mencari Duit dengan Berniaga tapi Meninggalkan peluang mendapat Pahala Berganda-ganda

5. Semakin Cepat Marah

- Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir Ketika Berbuka Puasa

- Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak Mengeluarkan Zakat Fitrah

8. Membiarkan/Menggalakkan anak-anak Bermain Mercun

- Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di Masjid/Surau yang berdekatan.
- Sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya Puasa Makan dan Minum sahaja.

- Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya.
- Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum."(Hadis riwayat Al-Bukhari).

10. Tanpa Persediaan Mental dan Emosi tentang Matlamat, Kelebihan dan Kedudukan Puasa Ramadhan

- Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
- "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43).

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang Sorak, Tarawih Ala Kadar

- Solat secara ekspress.
- Melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri.
Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil.
Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud.
Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna.

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya:
"Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih).
- Silap bacaan Selawat.
- Tidak Istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja.
- Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu Bersahur
- "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
- Abu Hurairah r.a. berkata, "Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi.)

Saturday, August 14, 2010

Cintailah Ilahi

Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita
Kerna cinta Sanggup berkorban apa saja
harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa
Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidakkan dihancurkan
Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu kan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi

Wednesday, August 11, 2010

Ruang Cinta ... ...It's All About LOVE


Mencintai … bukan bagaimana MELUPAKAN ...
melainkan bagaimana MEMAAFKAN ...
Bukanlah bagaimana MENDENGARKAN ...
melainkan bagaimana MENGERTI ...
Bukanlah apa yang TERLIHAT ...
melainkan apa yang DIRASAKAN ...
Bukanlah bagaimana MELEPASKAN ...
melainkan bagaimana BERTAHAN ...

Mencintai … adalah bauran rasa tuk MEMBERI …
Untaian hati tuk PEDULI …
Dan rangkaian jiwa tuk MENGABDI …

::: CiNta SedeRhana :::

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api
yang menjadikannya abu.
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana dengan isyarat
yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan
yang menjadikannya tiada .………………
(Sapardi Djoko Damono, dalam ‘Aku Ingin’ )

.:: AHLAN WASAHLAN::.

ShareThis