Tuesday, November 27, 2012

.:: ZIKIR ::.


Koleksi zikir harian untuk amalan bersama. Jom amalkan!
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang dan tenteramlah hati manusia. (13:28)
-Zhafran Zainuldin-

.:: SOLAT SUNAT DHUHA ::.



.:: JAGA HATI ::.


.::MUHASABAH DIRI::.



Sesungguhnya kebanyakan jeritan penghuni
Neraka adalah disebabkan oleh

PENANGGUHAN TAUBAT.

[Imam Al-Ghazali]

Thursday, January 12, 2012

.:: MACAM MANA NAK TAHU PASSWORD ::.

1. Pinjam laptop/pc kawan anda.
2. Buka Firefox.
3. Klik Options.
4. Klik Security.
5. Klik Saved Password.
6. Klik Show Password.
7. Tadaaaaa... Hahahaha! LOL!

.:: KEK BATIK ::.

waaaaaaaa....tetibe teringat kt kek batik...huhuhu...nyam3 sedapnyer.....hurmmm....kek batik.....korang pnah mkn x?? sedap woo... klu nk taw cmane rupe dia...korang tgk neh..hehehe...jgn terliur sudaaa...hahaha

Eh... yg ni lain plak cara dia wat...hurmm...pnah jgak wat cmneh...tp xjdi...cmane ekk nk jdikan dia keras...nti bila bwk kluar peti ais cair plak coklat dia...hurmmm....aja plizzz

ha....yg ni bru same cam yg slalu wat....hehehe....alamak......terliur la plak.....huhuhu














hahaha....korang nk taw ape resepi dia?? meh nk ajarkan...hehehe....taraaaaaaa














erm....actually, terjumpa plak buku neh...hehe....korang bole tgk dlm neh @korang boleh tgk kt bwh neh...hehehe....ermmm, bhn2 dia same jek...tp ad yg kurang...bg saya la kan, bes lgy klu kite ltak telur...ermm....xpe2..asalkan jdi jep..


Bahan-bahannya:


1 paket biskut marie (biasa) yang telah di belah 4.
1 tin susu pekat (F&N) 6 biji telur
1 paket coklat masakan, serbuk pn boleh
1 paket Milo 1 buttercup / marjerin Bekas/loyang

*Hehehe....jgn lupe plak mesin pengadun.....tp sy gne blender jer...hahaha....so, korang yg ad duit tu gne la mesin pengadun yep...nti karang rosak plak blender mak korang tu....=)

Cara-cara:



1. Panaskan butter/marjerin dan coklat masakan








2. Kemudian tunggu sehingga kering.






3. Masukkan telur, butter dan coklat yang korang cairkan td, milo, susu pekat, ke dalam pen

gadun





4. Kacau sampai sebati dalam kuali.










5. Masukkan pula biskut marie yang telah dibelah tadi dan gaul sehingga rata.

6. Apabila sudah rata dan sebati dan juga lembut biskutnye angkat dan tuang ke dalam Loyang/ bekas yang sesuai




7. Dengan perlahan2 tekan dan cuba padatkan biskut tersebut sampai ia kelihatan betul padat dan rapi.... sampai jdi cmni...ok....








8. Biarkan biskut sejuk sebentar sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
9. Pabila sejuk bolehlah dikeluarkan dan hidangkan.
*jgn letak dlm peti ais sms pns, nti ley rosakkan peti ais......






Ok....bila dh siap, kompem jdi cmni...klu x, salah la tu...hehe







SELAMAT MENCUBA YER....SEMOGA BERJAYA......=)

Sunday, January 8, 2012

.:: DUA LAUT YANG TIDAK BERCAMPUR ::.


Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran.

"Dia memberikan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? (Ar Rahman : 19 - 21).

Fakta tersebut telah Allah SWT sebutkan pada empat belas abad yang lalu dan telah dibuktikan dengan penelitian moden abad dua puluh.

Ayat tersebut merujuk pada dua jenis air laut yang bertemu tetapi tidak bercampur. Dua jenis air itu dibatasi oleh sejenis penghalang .

Rasulullah SAW, menggambarkan adanya sebuah penghalang, seperti batas antaranegara, yang tak mungkin ditembus atau dilampaui oleh masing-masing jenis air laut.

(وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا) الفرقان: 53

“ dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” Alfurqan 53.


Gambar sebenarnya dari area pertemuan sungai Rio Negro dan Solimões Sungai di Brasil. Kedua sungai tersebut bertemu dalam jarak lebih dari lima kilometer dalam keadaan air kedua sungai tersebut tidak bercampur dengan kepekatan dan temperatur yang tetap berbeza. Sungai pertama di sebelah kanan mengandung endapan tanah pegunungan yang menyebabkan airnya berwarna cokelat, sedangkan sungai yang kedua di sebelah kiri berwarna hitam pekat karana merupakan rembesan tanaman-tanaman yang membusuk yang datang dari hutan.

Kalau korang perhatikan ayat2 dari sumer Al-Quran di atas, ternyata benar janji Allah bahawa ujudnya 2 sungai yang akan terdapat 2 rasa, 2 warna yang akan dipertemukan, dan masing2 tidak mempengaruhi sifat dan kejadian diantara satu dan yang satu lagi. Subhanallah.

Read more:
http://www.onetasha.com/2010/04/laut-dan-sungai-bertemu.html#ixzz1iweG6diY

Friday, January 6, 2012

~....TANDA-TANDA KIAMAT KECIL SUDAH LENGKAP...~

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”. 10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai 15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan: Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
kredit to http://www.prince91.com/

~...WANITA-WANITA....~

♥.. بسم الله الرحمن الرحیم...♥

♥ Wanita yang elok paras wajahnya itu tak terhitung jumlahnya.
Namun wanita yang elok perilaku dan jiwanya masih sedikit.

♥ Wanita yang kaya hartanya telah mendominasi dunia.
Tapi wanita yang kaya hati itu minimum didunia.

♥ Wanita yang cerdas intelektual itu tak terbilang jumlahnya,
Namun wanita yang cerdas menjaga kehormatan itu boleh dihitung.

♥ Wanita yang aktif berkarier itu beribu ribu jumlahnya,
Namun wanita yang aktif untuk menjadi ibu dan mengasuh anak anak untuk menjadi anak yang soleh atau solehah itu sukar dicari.

♥ Wanita yang katanya setia pada kekasihnya ada dan dapat ditemukan berserakan,
Namun wanita yang setia pada suaminya dan mahu mengorbankan jiwa raganya untuk kebahagian dunia dan akhirat itu sukar untuk mendapatkan.

♥ Wanita yang rela membuang hartanya dan berfoya foya bersenang senang didunia itu banyak sekali....
Namun wanita yang rela menginfakkan hartanya untuk akhirat itu masih kurang.

♥ Wanita yang menjaga dan memelihara kecantikan wajahnya sudah biasa dilihat,
Namun wanita yang menjaga dan memelihara kesucian hatinya sukar ditemukan.

♥ Wanita yang mempertontonkan auratnya itu sudah membuat dunia ini PANAAAAASSS.............................
Namun wanita yang sentiasa menutup auratnya dan menjaga kehormatannya itu sentiasa menyejukkan mata dan hati sudah hampir pupus....

INGIN MENJADI WANITA YANG MANAKAH ENGKAU UKTHI.....??!

salam ukhuwah fillah.................................♥

~...WANITA....~

Wanita..

Bukan dari tulang ubun ia dicipta
Sebab berbahaya membiarkannya dalam sanjung dan puja

Tak juga dari tulang kaki
Kerana nista menjadikannya diinjak dan diperbudak

Tetapi dari rusuk kiri
Dekat dihati untuk dicintai
Dekat di tangan untuk dilindungi

SubhanaAllah, indah ya..... begitu mulia kaum wanita sehingga di dalam sebuah hadisa juga disebutkan mengenai makna asal-usul penciptaan wanita.

"Selalu wasiatkan kebaikan kepada para wanita. Kerana diciptakan dari tulang rusuk, dan bahaniah yang paling bengkok dari jalinan tulang rusuk ialah rusuk bahagian atas. Jika kalian paksa diri untuk meluruskannya, ia kan patah. Tetapi jika kalian mendiamkannya, ia tetap akan bengkok. Kerana itu, wasiatkanlah kebaikan kepada para wanita".

~HR. Al Bukhari, dari Abu Hurairah~

.:: AHLAN WASAHLAN::.

ShareThis