Thursday, March 25, 2010

Ya Allah.......

assalamualaikum....Ya Allah....

Ya Allah jika benar dia untukku, aku pohon moga kau rahmati aku. Ampunilah segala dosaku ya Allah. HambaMu ini benar2 memerlukan rahmat dan kasih sayang serta keampunan dariMu. Kau telah hadirkan dalam diri ini seorang insan yang aku yakin benar-benar boleh membimbingku ke jalanMu ya Allah. Ku panjatkan syukur ke hadratMu ilahi. Moga engkau merahmati kami ya Allah.

Ya Allah jika benar dia untukku, kau temukanlah aku dengan dia Ya Allah. Aku rindu menatap wajahnya. Aku rindu mengimbau kngn bersamanya. Aku rindu untuk bergurau senda dengannya. Aku rindukan segala-galanya Ya Allah. Ya Allah baru ku tahu betapa kecilnya dunia ini. Bertahun-tahun lamanya aku mencari. Ah, akhirnya berjumpa jua. Tidak ku sangka, benarlah kata pepatah, "kalau jodoh tak ke mana". Tapi aku tetap meragui. Adakah benar dia untukku? atau hanya dugaan untukku? Persoalan ini sering menjadi tanda tanya di dlm benak fikiranku. Sehingga kini, aku tidak mendapat kepastian.

Ya Allah jika benar dia untukku, kau lindungilah dia seperti mana kau melindungiku. Semoga segalanya diberkati dan dirahmati olehMu. Hatiku resah dan gelisah mengingati dirinya. Andai diri ini telah banyak berdosa kepadaMu. Ku pohon keampunan darimu. HambaMu ini seorang insan yang lemah dan sering membuat kesilapan. Ku inginkan kerkatan dan rahmat dariMu. Andai dia telah tertulis untukku, aku redha dengan ketentuanMu.Ku Serah segalanya kepadaMu. Kerana Engkau Maha Mengetahui dari segalanya.

0 comments:

.:: AHLAN WASAHLAN::.

ShareThis