Sunday, June 20, 2010

KELEBIHAN SEORANG WANITA


KELEBIHAN SEORANG WANITA
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.

•Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali,

•Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 lelaki soleh
Seorang wanita yang jahat adalah lebih
buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

•2 rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil,

•Wanita yang memberi minum susu dada
kepada anaknya akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

•Wanita yang melayan dengan baik suami
yang pulang ke rumah didalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.

•Wanita yang habiskan malamnya dengan
tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala
seperti membebaskan 20 orang hamba.

•Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

•Wanita yang menyebabkan suaminya keluar
dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

•Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.

•Wanita yang memerah susu binatang dengan
“bismillah” akan didoakan oleh binatang
itu dengan doa keberkatan.

•Wanita yang menguli tepung gandum dengan
“bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

•Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

•Wanita yang menjaga solat, puasa dan
taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

•Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada sianghari.

•Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.

•Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.

•Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin,dia akan dikira sebagai
mati syahid.

•Jika wanita melayan suami tanpa khianat
akan mendapat pahala 12 tahun solat.

•Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

•Jika wanita memberi susu dadanya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

•Jika wanita memicit suami tanpa disuruh
akan mendapat pahala 7 tola emas dan
jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.

•Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

•Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.

•Semua orang akan dipanggil untuk melihat
wajah Allah di akhirat, tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang
memberati auratnya iaitu memakai purdah
di dunia ini dengan istiqamah.

0 comments:

.:: AHLAN WASAHLAN::.

ShareThis