Thursday, September 23, 2010

HambaMu Yang Lemah

Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi hidup ini. Berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi dugaan yang telah Engkau berikan ini. Aku memohon sejuta keampunan kepadaMu. Ampunkanlah segala dosaku Ya Allah. Aku tahu aku ini seorang hambaMu yang lemah yang tidak pernah lepas dari melakukan sebarang dosa.

Ya Allah, aku ini bukan sesiapa bagi dia. Bukan adik, bukan kakak, dan juga bukan isteri kepada dia, tapi aku hanya seorang kawan, sahabat. Tetapi aku terlalu mencintai dia lebih dari sebagai kawan dan sahabat. Ya Allah aku memohon kepadaMu Engkau berikanlah kesihatan kepada dia. Aku tidak sanggup mendengar, membaca dan apa -apa lagi yang berkaitan dengan kesakitan yang dia alamai. Aku tak sanggup Ya Tuhanku.

Ya Allah yang Maha Berkuasa terhadap semua makhluk dan alam ini. Aku memohon kepadaMu Engkau berikanlah kesembuhan kepada dia. Aku terlalu menyayangi dia.

Sejak aku pertama kali berjumpa dengannya, aku tahu dialah cinta sejatiku. Aku berdoa kepadaMu supaya Engkau temukanlah kami kembali. Terima kasih kerana menemukanku kembali dengan dia. Aku bersyukur sangat-sangat kerana dapat ditemukan kembali. Ya Allah, betapa besarnya keagunganMu. Tetapi kali aku memohon kepadaMu Engkau tolonglah makbulkan doaku ini supaya kurniakanlah kesihatan kepada dia. Setiap detik, setiap saat, tidak pernah sedikit pun aku melupakannya.

Ya Allah, andai ini adalah penebus untuk dosaku, aku redha Ya Allah, mungkin ini adalah untuk kesedaranku. Kesedaran untuk dosa-dosaku yang lalu. Aku tahu aku telah mempermainkan hati seorang insan yang tidak bersalah yang hanya mencintaiku, tetapi aku tidak dapat menerima cintanya. Bukan kerana aku tidak sayang kepadanya, tetapi hatiku masih terpaut pada seorang insan yang benar-benar telah membuka pintu hatiku hanya untuknya. Aku tidak tahu bagaimana untuk berterus-terang dengannya. Aku buntu Ya Allah. Bantulah hambaMu ini Ya Allah. Aku memohon kepadaMu.

Ya Allah, hanya dialah yang aku sayangi dan cintai, selain dari keluargaku, kekasihMu dan Engkau Ya Allah. Andai dia mengetahui semua ini, alangkah indahnya hidupku. Ya Allah berikanlah rahmat dan keredhaanMu kepada kami Ya Allah. Semoga segala urrusan kami di dunia dan di akhirat sentiasa di bawah rahmat dan keredhaanMu. Tempatkanlah kami di kalangan hamba-hambaMu yang soleh dan solehah. Tempatkanlah juga kami di syurgaMu yang penuh dengan keindahan dan kecantikan yang tiada tolok bandingan. Ya Allah jika aku dan dia tiada jodoh di dunia, Engkaulah jodohkanlah kami di akhirat. tetapi jika di akhirat juga kami tidak berjodoh, Engkau redhakanlah hatiku dengan ketentuanMu. Semoga kami semua sentiasa di bawah keberkatanMu....ameen, ameen Ya Rabbal Alamin.

0 comments:

.:: AHLAN WASAHLAN::.

ShareThis