Monday, July 19, 2010

Rahsia Lelaki

Lelaki amat membenci gadis yang suka menggatal walaupun sekadar suka-suka, apatah lagi saja-saja nak berkenalan. Tidak akan ada pujuk rayu, tidak ada maaf untuk mereka ini kerana ianya akan menjadi satu alasan bagi lelaki untuk memutuskan perhubungan itu atau mulai mencari pasangan yang baru.

Apabila lelaki... berkata yang dia tidak memahami apa yang dikatakan oleh wanita atau pun tidak faham langsung apa yang kaum wanita inginkan, itu bermaksud dia tidak suka cara itu kerana tidak mengikut caranya atau tidak berfikir cara yang dia fikir. (bosan, kan?!)

Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, apa sahaja perkara yang dilakukan walaupun buruk akan kelihatan baik dan apatah lagi perkara yang baik akan bertambah hebat jadinya.

Fahamilah! lelaki lebih menyukai perempuan yang bijak, genius dan mempunyai fikiran sendiri, daripada perempuan yang seksi, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau perempuan yang bersinglet di pusat membeli-belah. Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek sex. Namun...jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar!

Lelaki selalunya suka melengah-lengahkan perhubungan cinta mereka untuk maju setapak kehadapan. Jadi, untuk kebahagian anda di masa depan dan perhubungan yang bermakna lebih elok jika terus mengetahui kemana arah perhubungan anda. Tanya apa yang dikehendakinya dan apa yang dia mahu di dalam perhubungan itu. Jangan biarkan ianya berlarutan dengan tiada pengertian, kerana ianya jelas sekali...hanya merugikan anda!

Ianya adalah lebih baik sekiranya anda menguji kaum lelaki ini sebelum mempercayai mereka. Kerana lelaki tersangat lemah dengan ujian mau pun dugaan. Jadi, sekiranya mereka lemah dan mengaku kalah, lelaki itu 'not worth it' tetapi jika dia sanggup bertahan, itu bermakna dialah `Prince Charming' anda. Tetapi jangan lama-lama sangat menguji lelaki...

HATI HATI, lelaki boleh bergosip dan membuat cerita sehingga menjangkau ke separuh dunia, lebih pada wanita bergosip. Kata-kata dan tuduhan mereka juga lebih tajam! Kadang-kadang wanita boleh jadi benar-benar gila dengan lelaki sebegini. Tinggalkan saja lelaki yang `bermulut lembik' ini.

Lelaki boleh jadi gila apabila tangannya disentuh wanita ataupun hanya sekadar terlanggar bahu. Jadi salah-satu cara untuk memikat ialah buat-buat la terlanggar atau tersentuh tangan. Tengok reaksinya...

Hati lelaki, sangat tersentuh dengan luahan cinta seorang wanita. Jelas sekali, wanita itu harus meneruskan perhubungan itu dan tidak boleh berundur lagi. Kerana ianya seperti sudah tersimpul mati!... Jadi, jika tidak berniat untuk serius bercinta, jangan sesekali memberi harapan palsu, merana dia.

Lelaki sebenarnya, tidak mencari sangat perempuan yang cantik atau rupa yang lawa, campuran, mix, pan asian, NO! Cukuplah jika gadis itu manis dipandang, bersih dan sangat pandai mengambil hati ibunya.

0 comments:

.:: AHLAN WASAHLAN::.

ShareThis