Saturday, October 30, 2010

DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH


Dikisahkan
bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel,
maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan
berkata, "Sedekahlah
kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah SWT".Setelah fakir miskin itu berkata
demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang
masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut
maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong
tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka
Allah SWT pun mengubah kehidupan orang kaya tersebut dengan menarik
kembali harta kekayaannya sehingga menjadi seorang fakir miskin dan
akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang hina. Anak gadis itu
menjadi pengemis dan meminta-minta dari rumah ke rumah. Pada suatu hari anak gadis itu
menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah
seorang ibu daripada rumah tersebut. Ibu tersebut amat kagum dengan
kecantikkan gadis tersebut lalu memperlawanya masuk kedalam rumahnya.
Oleh kerana kagum dengan kecantikkannya, si ibu berhajat untuk
mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Setelah selesai perkahwinan,
si ibu memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.Pada
suatu malam, semasa waktu makan malam, gadis tersebut makan bersama
suaminya. Oleh kerana kudung yang tidak diketahui si suami kerana ibunya
merahsiakannya si gadis tersebut makan menggunakan tangan kiri. Apabila
si suami melihat keadaan isterinya itu, maka disuruhnya gadis tersebut
makan dengan tangan kanan. Si isteri tetap makan dengan tangan kiri
meski suaminya berulang-ulang kali menyuruh menggunakan tangan kanan.
Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu "Keluarkanlah
tangan kananmu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan
sepotong roti dengan ikhlas keranaKu, maka tiada halangan bagiKu untuk
mengembalikan kembali tanganmu itu."Setelah gadis itu mendengar, maka dia
pun mengeluarkan tangan kanannya berada dalam keadaan asal.

Hendaklah
kita menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin. Apabila dia
datang kerumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah
SAW telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka
sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku,
maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT. Dan barangsiapa telah
menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku, dan barangsiapa
menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah
SWT". Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya tetamu itu apabila datang ke
rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah
dan seribu rahmat"

sumber : www.iluvislam.com

0 comments:

.:: AHLAN WASAHLAN::.

ShareThis