Saturday, October 2, 2010

AKU SAYANG KAMU

Ya Allah, hanya Engkau sahaja mengetahui apa yang sedang berlaku dengan hatiku ini. Hanya Engkau sahaja yang memahami apa yang terkandung di dalam hati ini. Andai dia juga mengerti, alangkah bahagia rasa hidupku.

Ya Allah, aku sentiasa mengikuti perkembangan mengenai dia semenjak dia berada di hospital itu Ya Allah. Aku ingin sangat pergi melawatnya Ya Allah. Tapi apakan dayaku, aku tidak sanggup melihat keadaan dia dan aku tidak sanggup memberikan dia melihatku dalam keadaan aku yang lemah ini. Aku tak nak dia lagi sakit bila dia lihat aku camni. Biarkan saja aku disini, jauh darimu. Aku akan sentiasa mendoakanmu.

Setiap hari, setiap saat, setiap minit aku asyik terfikirkan dia. Ya Allah, bantulah hambaMu ini Ya Allah. Aku dalam kebuntuan. Hanya kepadaMu aku meminta pertolongan. aku nak tahu sangat perkembangan terbaru mengenai dia. Ya Allah tolonglah sembuhkan dia Ya Allah, aku memohon kepada Engkau Ya Allah.

Ya Allah betapa Engkau mengujiku. Aku berterima kasih kepada Engkau kerana telah mengujiku. Aku tahu, jika Engkau menguji seorang hamba, bermakna Engkau menyayangi mereka. Ya Allah, aku tahu, aku telah banyak melakukan kekhilafan kepadaMu. Ampunkanlah dosaku Ya Allah.Ya Allah Yang Maha Besar, Maha Agung, Yang Penyayang, Yang Pengasih. Aku memohon kepada Engkau sejuta keampunan, Engkau ampunkanlah segala dosaku yang lalu. Engkau terbangkanlah ia melalui angin-angin. Bawalah ia pergi jauh Ya Allah.

Ya Allah, aku baru sahaja hendak bergembira bila tahu dia da sedar, tapi... Engkau hadirkan satu lagi dugaan kepadaku. Begitu lama aku menunggu "dia", tetapi Engkau ujiku dengan "aweks" dia. Mengapa dia tidak mahu memberitahuku yang dia da ade awek? Mengapa? Mungkin dia takot aku marah kot....Itulah yang aku fikir. Selama bertahun-tahun aku menunggu dia. Apakah ini pembalasan kepadaku? Jika ini adalah pembalasan dariMu, aku redha. Aku terima dengan hati terbuka.

Ya Allah, hari ini Engkau ujiku lagi dengan adik dia pulak. Aku tahu, mungkin adik dia tak boleh terima aku. Sebab "dia" da ada awek n satu family dia da kenal awek dia. Aku ni, mak dia pun aku tak kenal. Ak tak kesah semua tu. Tapi aku sedih Ya Allah. Hanya Engkau sahaja yang memahamiku.

AKU SAYANG DIA!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku tak nak hilang dia. Biarlah dia dengan awek dia tu. Aku doakan dia bahagia hingga akhir hayat. Tapi kalau betol Engkau menjodohkan aku dengan dia, tolonglah satukan hati kami. Aku mengharap pertolongan dariMu.

Ya Allah, aku tahu Engkau sentiasa berada disisiku. Aku tidak berseorangan disini. Aku yakin Engkau selalu ada saat aku sendirian. Terima kasih Ya Allah. Aku Bersyukur. Andai beginilah jalan hidupku, akanku hadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Dengan kekuatan dan keberkatan darimu, aku yakin, aku dapat meneruskan hidup ini.

Ya Allah.....mungkinkah aku mencintai dunia??????????
atau aku mencintai kedua2nya??????????????????

Oh, tuhan....tunjukkan ku jalan, untuk menempuhi dugaan ini. Ya Allah, jagalah aku, jangan biarkan aku di dalam kesesatan, pandulah aku ke jalanMu. Semoga aku dapat menikmati syurgaMu di akhirat kelak. Aku rindukan untuk berdoa meminta kepadaMu...
Ya Allah, makbulkanlah doaku...itu yang aku sering harapkan dariMu...ameen Ya Rabbal Alamin.

0 comments:

.:: AHLAN WASAHLAN::.

ShareThis